Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Amir Jahari – Penghibur Jalanan Kini ‘Kembali’

22/08/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Musik, Selebriti
Amir Jahari – Penghibur Jalanan Kini ‘Kembali’

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi, komposer, dan penulis lirik terkenal, Amir Jahari, kini kembali menggegarkan industri muzik Malaysia dengan album terbarunya yang dinanti-nantikan, berjudul Kembali.

Album ini merupakan hasil perjalanan seninya selama 13 tahun, menampilkan 15 buah lagu yang menggabungkan elemen pop-rock-folk dengan pengaruh Nusantara, serta menyelami tema kemanusiaan dan kerohanian.

Album Kembali terdiri daripada 12 lagu baru dan tiga lagu rakaman semula, termasuk Hasrat yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-27.

Lagu lain seperti Sampai Ke Bulan dan Tanpamu turut diberi nafas baru, dengan yang terakhir menampilkan penyanyi Nana Sheme dari Kuching, Sarawak.

Album ini juga menampilkan sentuhan magis daripada beberapa produser dan pemuzik tanah air, termasuk AG Coco dari Hujan.

Amir menyifatkan Kembali sebagai permulaan baru yang akan membawa dirinya dan pasukannya melangkah lebih jauh dalam industri muzik.

Kenangan, single terbaru dari album ini, telah dikeluarkan pada 31 Mei 2024 dan boleh dinikmati di semua platform penstriman.

Video muzik rasmi untuk lagu tersebut juga akan dilancarkan tidak lama lagi.

Amir Jahari memulakan kariernya dengan album sulung Penghibur Jalanan pada tahun 2013, yang ketika itu beliau baru berusia 21 tahun.

Album tersebut meraih empat pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-20 dan dua pencalonan di Anugerah Planet Muzik ke-13.

Lagu-lagu dari album ini juga berjaya mara ke separuh akhir Muzik Muzik dan menjadikannya sebagai finalis dalam Anugerah Juara Lagu ke-27.

Selain pencapaiannya sebagai komposer muda berpotensi, Amir juga aktif dalam projek Go Gerila! bersama Aizat Amdan.

Lagu Ingga, yang sepenuhnya dalam bahasa Melayu Sarawak, menjadi siulan di radio arus perdana dan persembahan pilihan ketika mewakili Malaysia di ABU TV Song Festival 2021.

Album kedua Amir, Siang Dan Malam, dikeluarkan pada 2018 secara independen, menampilkan eksperimen muzik yang menonjolkan lagu-lagu seperti Sila Robek Hati Ini, Sang Perindu, Bayang, dan Hadiah Dari Tuhan.

Album Kembali dihasilkan melalui kerjasama antara Sekalo Music dan Sony Music Entertainment, dan telah tersedia di semua platform penstriman mulai 16 Ogos 2024. – BOOM!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Previous Post

Yasin Sulaiman Dijatuhi Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan Atas Kesalahan Dadah

Next Post

Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sukar Berkarya Di Brunei, Aziz Harun Sudah Dua Tahun Pindah Ke Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disney ‘Bekukan’ Projek Tangled Versi Live-Action Selepas Kegagalan Snow White

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mawi Agih Bonus RM200,000, Kutipan Filem Pecah Panggung RM3.5 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Siapa Yang Tahu, Maka Tahulah” – MK K-Clique Akhirnya Buka Mulut Perjelas Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Pengacara Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V]Shuk Sahar Lafaz Cerai Di Thailand, Fara Salleh Akan Teruskan Tuntutan Di Mahkamah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Bayar RM1 Pun Saya Buat!” – Joe Flizzow Sedia Bekerjasama Semula Dengan Malique

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Setiap Orang Ada Ujian – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Dikecam Guna Status Selebriti Buat Persembahan Biola Solo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd