Pelakon Hollywood, Amber Heard, sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan kelahiran anak kembar iaitu seorang anak perempuan, Agnes, dan seorang anak lelaki, Ocean bersempena sambutan Hari Ibu yang lalu.
Menerusi hantaran Instagram, Amber meluahkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata kembarnya.
Amber, 39, sebelum ini menimang anak perempuan pertamanya, Oonagh Paige, pada tahun 2021, yang turut dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang.
Pelakon Aquaman itu menegaskan bahawa keputusannya untuk bergelar ibu dibuat secara bertanggungjawab dan mengikut kehendaknya sendiri.
Namun, pengumuman Amber itu mencetuskan tanda tanya ramai netizen. Siapakah sebenarnya bapa kepada bayi kembar tersebut?
Susulan pengumuman itu, pengguna media sosial mula mengaitkan nama Elon Musk, bilionair teknologi dan CEO Tesla, dengan kelahiran anak-anak tersebut.
Amber dan Elon pernah menjalinkan hubungan cinta selepas pelakon itu bercerai dengan Johnny Depp.
Amber dan Elon mula bercinta pada akhir tahun 2016 tetapi hubungan mereka hanya bertahan setahun sebelum berpisah kerana jadual yang terlalu padat.
Mereka dikatakan kembali menjalin hubungan pada Disember 2017 sebelum berpisah secara rasmi pada Februari 2018.

Walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai identiti bapa kepada Agnes dan Ocean, spekulasi tentang penglibatan Elon Musk terus hangat diperkatakan di media sosial. – BOOM!










