Pelakon Amanda Bynes muncul semula di hadapan kamera dan berkongsi perkembangan terkininya mengenai hasil penurunan berat badan.

Amanda mengakui bahawa penurunan berat badannya berpunca daripada penggunaan ubat Ozempic (ubat suntikan untuk kawal gula dan berat badan).
“Saya hilang 20 paun setakat ini. Saya sangat teruja sejujurnya. Tambahan lagi, saya nak hilang lagi 50 paun,” katanya di TIkTok.

Dia mula mengambil semula ubat itu pada Jun lalu dan berkongsi tentang perkembangannya di Instagram.
“Saya kini 163 paun. Saya sebenarnya naik berat ketika ambil pil Ozempic, dari 173 ke 180. Tapi saya berjaya turunkan 20 paun dan kini 163 dengan suntikan Ozempic. Saya benar-benar lega atas suntikan Ozempic. Ia sangat berkesan untuk saya. Saya cuba untuk hilangkan berat badan untuk kurus dan comel,” katanya.

Dalam tempoh dua bulan, penurunan berat badan Amanda menunjukkan perubahan yang ketara dan mendapat perhatian ramai.
Pada April lalu, Amanda mendedahkan dia akan menyertai OnlyFans, tetapi hanya untuk berkomunikasi dengan peminat bukan berkongsi apa-apa berunsur lucah. – Boom!










