Penyanyi terkenal, Alyah, dan pakar perubatan, Dr. Afif Mohd Ridzwan, menasihatkan orang ramai agar sentiasa jujur sekiranya pernah melakukan pembedahan bariatrik.

Alyah menegaskan bahawa ramai kini tidak berterus terang tentang cara sebenar mereka menurunkan berat badan.

Menurutnya, kejujuran amat penting agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan produk kurus yang tidak berkesan.,
“Kalau seseorang buat bariatrik, tak perlu sembunyikan. Cakap saja perkara sebenar. Ada yang kurus sebab pembedahan tapi beritahu kononnya hasil diet atau suplemen. Perkara macam itu tak elok sebab menipu orang lain,” katanya dipetik Kosmo.
Untuk rekod, Alyah pernah menjalani pembedahan bariatrik pada tahun 2022 demi menjaga kesihatan diri.

Pada masa sama, Dr. Afif berkata pembedahan ini perlu difahami dengan betul sebelum dilakukan.
“Saya tak setuju kalau ada yang buat bariatrik sebab nak kurus cepat, kemudian guna peluang itu untuk jual produk kurus. Itu tindakan yang tidak wajar,” katanya.

Beliau turut menasihatkan agar masyarakat mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. –Boom!










