Kisah rumah tangga selebriti terus mencuri perhatian apabila pelawak dan pelakon, Along Cham sah bercerai talak satu dengan isterinya, Afreena Suhaimi, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 30 September 2025. Hakim Muhamad Nazri Basrawi mengesahkan bahawa lafaz cerai telah berlaku pada 18 Jun 2024, sekali gus menamatkan ikatan perkahwinan singkat pasangan ini.

Suasana di mahkamah dikatakan penuh emosi apabila Afreena memberi keterangan bahawa tiada lafaz rujuk pernah berlaku selepas talak dijatuhkan. Keputusan itu sekaligus menutup segala spekulasi hangat yang sebelum ini menjadi bualan netizen mengenai status rumah tangga mereka.

Meskipun pahit untuk diterima, perceraian ini dianggap satu lembaran baharu buat kedua-dua pihak. Ramai mendoakan agar Along dan Afreena tabah melalui fasa seterusnya dalam hidup mereka, demi mencari kebahagiaan masing-masing. – BOOM!









