Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Ali Puteh Tak Sangka Sambal Petai, Jering Berlado Dapat Sambutan Ramai

07/08/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Ali Puteh Tak Sangka Sambal Petai, Jering Berlado Dapat Sambutan Ramai

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Biarpun sudah lama tidak menerima tawaran seni, pelawak Ali Puteh tidak pernah berputus asa dalam mencari rezeki halal buat keluarganya.

Terbaharu, Ali mengusahakan perniagaan Sambal Petai Terangkat dan Sambal Jering Berlado Terpadu.

Ali ketika dihubungi BOOM! berkata bidang masakan bukanlah sesuatu yang baharu kerana pernah memiliki perniagaan katering bersama Allahyarham Abam dan ibunya.

“Mungkin ada yang tahu, ada juga yang tidak tahu…Kami dulu meniaga kedai makan dan ada perniagaan katering, jadi memasak bukanlah sesuatu yang baru buat saya.

“Setakat ini, sambutan orang ramai menggalakkan dan saya sendiri tidak sangka mereka memberi maklum balas positif. Alhamdulillah.

“Sudah hampir satu bulan saya berniaga sambal petai dan jering berlado ini, sudah lebih 1200 bungkus terjual, rezeki anak-anak,” katanya.

Ali berkata, sambal petai dan jering berlado keluarannya dimasak sendiri dan setiap proses dipaparkan secara langsung secara atas talian.

“Saya tunjuk cara saya sediakan sambal petai dan jering berlado secara atas talian (Online), di aplikasi TikTok supaya mereka dapat lihat sendiri bahan-bahan digunakan dan cara penyediaannya.

“Bagaimanapun pengeluaran setakat ini terhad sebanyak 100 kotak sahaja setiap kali dikeluarkan, kerana yang penting bagi saya adalah kesegaran produk-produk ini.

“Harga juga mampu milik kerana saya mahu semua orang dapat makan sambal petai dan jering berlado saya,” katanya.

Berkongsi mengenai perniagaan online yang diusahakan, Ali memberitahu dia tidak melakukan bayaran tunai semasa penghantaran (COD) kerana bimbang ditipu.

Justeru itu, dia menggunakan pembayaran perbankan atas talian yang sememangnya selamat dari penipuan.

“Nak kata lumayan sangat itu tidak tapi dapat menampung hidup saya daripada tidak buat apa-apa.

“Apapun saya bersyukur sangat ramai yang menyokong perniagaan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ali tidak menafikan masih ada individu yang mengecam dan melemparkan kata-kata negatif, namun tidak mempedulikannya.

“Masih ada yang bercakap bukan-bukan, tetapi saya hanya pekakkan telinga. Saya tidak malu berniaga kerana saya bukan buat perkara yang salah.

“Saya mencari rezeki halal untuk keluarga. Buat apa nak malu…Bab kata-kata negatif, yang mengejek atau menghina saya tu, saya doakan semoga yang baik-baik sahaja dalam kehidupan mereka.

“Kepada yang menyokong dan sukakan sambal petai dan jering berlado saya, terima kasih. Ada yang ulang tempah…Terima kasih,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Laga Pipi Dengan Matty Healy, Vokalis Blink-182 Pula Perli Malaysia

Next Post

Masya Masyitah Tak Mahu Jadi Artis – “Saya Nak Hidup Bebas, Orang Kata Saya Sendu…”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd