Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Alhamdulillah, Keadaan Nanad Semakin Positif” – Tahap Oksigen Nad Zainal Naik 100 Peratus

24/11/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Ekstra, Selebriti
“Alhamdulillah, Keadaan Nanad Semakin Positif” – Tahap Oksigen Nad Zainal Naik 100 Peratus

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Nad Zainal yang koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan, di Ampang, sejak Isnin lalu akibat masalah paru-paru berdarah dilaporkan semakin stabil dan memberikan reaksi positif.

Perkara itu dikongsikan pengarah Shahrulezad Mohammedin menerusi laman Instagramnya yang memberitahu oksigen Nad juga mencapai bacaan 100 peratus.

“Alhamdulillah perkembangan Nanad semakin positif. Pendarahan dalam paru-parunya juga sudah berhenti.

“Semalam adalah satu situasi yang mencemaskan buat kami semua kawan Nanad. Cukup kritikal,” katanya yang juga dikenali sebagai Ijat.

BACA: “Mungkin Dia Terpaksa Ditidurkan” – Masih Koma, Paru-paru Nad Zainal Dijangkiti Kuman

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan percaya perkembangan positif Nad adalah hasil sokongan serta doa yang dikirimkan.

“Ternyata berkat doa semua Nad kembali stabil dan saya berharap kita semua teruskan berdoa,” katanya.

Ijat turut melahirkan ucapan penghargaan buat rakan artis Ungku Ismail di hospital sejak Nad ditahan dan menerima rawatan.

Katanya, Ungku yang berada di sana setiap hari sehingga ke malam juga banyak membantu berkomunikasi dengan doktor bagi mengetahui perkembangan Nad.

“Sekali lagi terima kasih kepada semua termasuk peminat dan teman media yang tidak putus-putusan mendoakan Nad,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan bekas suami Nad, Faliq Amiruddin, 34, turut memaklumkan keadaan pelakon itu semakin baik namun tidak mahu terlalu selesa dengan keadaan itu, sebaiknya meminta semua pihak terus mendoakan kesembuhan pelakon berkenaan.

Faliq Bekas Suami Nad Zainal

“Hari ini ada seorang lagi doktor datang menjadikan jumlah keseluruhan tujuh doktor memantau keadaan Nad. Alhamdulillah pendarahan di bahagian paru-paru dan perut dah dapat dikurangkan. Bagaimanapun, punca sebenar masih tidak dapat dikesan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mengulas keadaan dua anak mereka, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1, Faliq berkata, kedua-duanya berada di bawah jagaannya dan keluarganya.

“Yem (Fahad Ibrahim) ada juga tanya keadaan ibunya, tapi saya selesakan mereka dengan kata ingat ‘mummy’ dan doakan supaya dia cepat pulih.

“Ahli keluarga Nad berada di hospital sepanjang hari sejak Isnin, manakala keluarga saya datang melawat semalam. Saya juga berterima kasih kerana semalam ada dengar kawan-kawannya adakan majlis bacaan Yasin,” katanya.

Dia memohon agar rakan-rakan dan peminat Nad agar terus mendoakan kesembuhan bekas isterinya. – BOOM!

Previous Post

Suria FM Kini Top 3 Stesen Radio Di Malaysia, Berjaya Tarik 3.5 Juta Pendengar Setiap Minggu

Next Post

Afdlin Shauki, Diana Danielle Ucap Tahniah Buat Anwar – “Yang Ini Aku Tak Swipe, Aku Like!”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpulan Pelawak Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd