Cardi B sekali lagi membuktikan pengaruhnya apabila album terbarunya “Am I The Drama?” mencatat sejarah dalam masa kurang 24 jam selepas dilancarkan. Album itu terus melonjak sebagai album hip-hop/R&B wanita dengan minggu pembukaan terbaik tahun 2025.

Media sosial jadi huru-hara dengan hashtag #AmITheDrama trending, ribuan video reaksi memenuhi TikTok dan X, peminat meraikan kejayaan idola mereka. Lagu-lagu dalam album penuh beat mengancam, lirik tajam dan gaya “bad girl” yang semakin mantap.

Pengkritik muzik pula menyifatkannya sebagai karya paling berani tahun ini, kerana Cardi berani bereksperimen dengan bunyi segar tanpa meninggalkan identiti asalnya. Kejayaan ini bukan sahaja melakar sejarah komersial, malah mengukuhkan lagi status Cardi B sebagai fenomena global yang tak mudah digugat. – BOOM!









