Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Aktif Berniaga, Zulin Aziz Tinggalkan Dunia Lakonan? – “Ya, Saya Tak Nafikan…”

20/09/2022
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Ekstra, Selebriti
Aktif Berniaga, Zulin Aziz Tinggalkan Dunia Lakonan? – “Ya, Saya Tak Nafikan…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon dan pengacara terkenal, Zulin Aziz mengakui mahu tumpukan perhatian kepada bidang perniagaan berbanding lakonan.

Ini kerana menurutnya, dia sudah jatuh cinta dengan dunia perniagaan yang mendatangkan pulangan lebih lumayan.

Ditanya sama ada dia mahu menoktahkan kerjayanya sebagai pelakon, kata Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, setakat ini dia belum membuat keputusan ke arah itu.

Produk sulung Zulin di bawah jenama sendiri, Bebita.

“Saya tak nafikan pendapatan dari bidang perniagaan lebih menguntungkan berbanding dunia lakonan.

“Namun bukan bererti saya mahu tinggalkan terus bidang lakonan. Mungkin wajah saya akan kurang muncul di kaca TV kerana sibuk menguruskan perniagaan.

“Banyak tawaran yang terpaksa saya tolak,” katanya ketika ditemu pada majlis pelancaran produk Bebita.

Produk Bebita keluaran Zulin dilancarkan baru-baru ini.

Melihatkan Zulin lebih aktif di media sosial dan sering membuat rebiu, Zulin akui perolehannya lebih tinggi berbanding berlakon.

“Ya, saya tak nafikan perkara itu. Pendapatan untuk buat satu review saja kadang-kadang melebihi bayaran untuk sebuah telemovie.

“Sebab itulah saya kini memilih naskhah yang betul-betul bagus dan bersesuaian,” katanya yang kali terakhir muncul dengan drama Penjara Janji terbitan JS Pictures pada Ramadan tahun lalu.

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai produk keluarannya itu, kata Zulin dia sudah lama bercita-cita untuk memiliki rangkaian produk penjagaan wajah sendiri.

Pendapatan dalam dunia perniagaan lebih menguntungkan menurut Zulin.

Justeru, dia menjalin kerjasama dengan rakan kongsinya iaitu Kyrina Kassim.

“Kecantikan begitu dekat dengan diri saya. Menyedari usia saya kian meningkat, sebab itu saya keluarkan produk yang mengfokuskan kepada antitua.

“Ramai orang masih tidak sedar tentang kepentingan memakai krim pelindung tabir suria.

“Disebabkan itu, Bebita keluarkan krim pelindung tabir suria sebagai produk sulung dan akan keluarkan lebih banyak lagi.

“Alhamdullilah, baru tiga minggu dilancarkan, kami sudah berjaya meraih hasil jualan melebihi RM100,000 biarpun belum membuka jualan kepada ejen dan stokis,” ujarnya. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] Isu Mat Sakau Di Netflix, Adi Putra Sindir Fahmi Reza – “Politik Biarlah Matang!”

Next Post

Ziema Masih Dara | Nourul Dedahkan Rosyam | Kartunis Cari Pasal | Kak Lina Pilihan Tepat

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpulan Pelawak Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Bidas Spekulasi Curang – “Saya Mula Rapat Selepas Cerai”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd