Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Aksi Cium Bersama Selebriti Indonesia Tular, Meerqeen Teruk Dikecam Peminat

19/08/2022
Melly Milloleh Melly Mill
in Ekstra, Selebriti
Aksi Cium Bersama Selebriti Indonesia Tular, Meerqeen Teruk Dikecam Peminat

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon muda sedang meningkat naik Meeqeen menerima kecaman hebat daripada peminatnya apabila tular sebuah video dia mencium dahi pelakon dan juga pelawak popular Indonesia, Kiky Saputry.

Ciuman Meerqeen itu kemudian dibalas semula Kiky dengan mencium kembali pipinya.

Aksi berkenaan menerima pelbagai reaksi terutama dalam kalangan peminat Meerqeen selepas rakaman video tersebut dimuat naik Kiky dalam akaun Instagram dan TikTok peribadi miliknya.

Difahamkan Kiky memuat naik video tersebut sebagai balasan kepada YouTuber Malindo Damai yang menggelarkannya sebagai wanita yang tidak cantik.

“Tidak mengapa kalau tidak cantik. Yang penting kamu sayang sama aku,” kata Kiky sambil mencium dahi pelakon asal Malaysia itu.

Kiky bagaimanapun menafikan tindakannya memuat naik video tersebut untuk merosakkan imej Meerqeen, sebaliknya sekadar mahu menunjukkan sikap baik lelaki tampan yang tidak merendahkan wanita kerana faktor fizikal.

“Saya tidak bermaksud merosakkan imej Meeqeen. Tapi cuba lihat daripada sudut pandang lain. Daripada video saya terdapat perbandingan yang nyata.

“Ada lelaki yang dengan mudahnya merendahkan wanita yang bagi mereka tidak cantik, tetapi ada juga lelaki baik, tampan dan terkenal seperti Meerqeen tetap bersikap baik serta tidak merendahkan wanita yang tidak cantik,” tulis Kiky membalas salah satu komen peminat Meerqeen.

Tindakan Meeqeen atau nama sebenarnya Muhammad Syameer Shauqeen Shaiful Izam, 21, mencium wanita itu bukan sahaja mengundang kecaman, tetapi membuatkan peminatnya kecewa.

“Kecewa aku dengan Meerqeen. Sudahlah tidak kenal, boleh pula cium dahi, cium pipi,” balas seorang peminatnya.

“Peminat Meerqeen ramai budak bawah umur, harap jaga adab, di sana mungkin biasa bagi selebriti mereka tetapi tidak untuk Malaysia. Bersedia dapat surat cinta daripada ustaz dan ustazah!,” kata seorang peminatnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat Meerqeen daripada Indonesia memohon Kiky memadamkan video tersebut kerana bimbang bintang kesayangan mereka menjadi mangsa kecaman netizen Malaysia.

“Budaya industri seni Malaysia dan Indonesia itu berbeza. Perkara seperti ini amat sensitif bagi orang Malaysia. Tolong padamkan video kerana bimbang akan merosakkan imej Meerqeen,” tulis salah seorang peminatnya dari Indonesia.

Beberapa hari lalu, kecoh dalam media sosial apabila Meerqeen memeluk seorang peminat wanita yang ditemuinya sehingga mendapat kritikan hebat daripada netizen.

 

Populariti Meerqeen dan Anna Jobling menembusi Indonesia gara-gara penangan drama popular Melur Untuk Firdaus.

Kedua-dua pelakon itu berkunjung ke Jakarta, Indonesia selama empat hari bermula Ahad lalu untuk bertemu peminat mereka di sana selain memenuhi undangan program televisyen. – BOOM

Previous Post

“Kami Pergi Untuk Sound Check, Tapi Dah Ada Yang Tunggu” – DJ Lin Terharu Pendengar Hadir Seawal Jam 9 Pagi

Next Post

“Saya Pernah Lalui Kontroversi Yang Lebih Teruk Daripada Ini” – Ning Baizura Kekal Positif

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ARMY Berang Trak Protes Dituduh Dari Fandom

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Judy & Nick Kembali! “Zootopia 2” Janji Dunia Lebih Gila & Lebih Besar!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd