Pelawak dan pemilik restoran Bumbu Babah, Ajak Shiro, tampil memberikan penjelasan berhubung isu harga sambal udang petai selepas dikritik seorang pelanggan.

Ajak berkata, harga tersebut dianggap bersesuaian kerana selain bahan utamanya udang, lauk sambal itu turut mengandungi petai.
“Untuk sambal udang itu ada petai dan kita tahu harganya agak mahal sekarang. Kalau nak kata mahal, nasi padang saya bermula RM5 saja, kalau nak kurangkan lagi memang tak boleh,” katanya dipetik Mstar.
Ajak turut berseloroh bahawa pelanggan yang berdaftar sebagai member Bumbu Babah boleh menikmati harga lebih rendah.

Terdahulu, seorang pelanggan yang menjamu selera di restoran tersebut mempersoalkan kewajaran harga RM9.90 untuk empat ekor udang yang digunakan untuk lauk sambal udang.
Individu terbabit turut memuat naik gambar resit serta hidangan tersebut di media sosial.

Ajak menekankan setiap teguran pelanggan menjadikan hubungannya lebih rapat dengan mereka dan ia membantu memperbaiki mutu perkhidmatan restoran. –Boom!









