Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Aisha Retno Mengaku Putus Cinta, Luah Dalam Lagu ‘Ternoktah’

02/10/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Musik, Selebriti
Aisha Retno Mengaku Putus Cinta, Luah Dalam Lagu ‘Ternoktah’

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul ‘Ternoktah’, penyanyi Aishah Retno mengakui menterjemah perasaan kecewanya ke dalam lagu tersebut.

Oleh itu tidak hairanlah jika karya terbarunya ini sarat dengan emosi dan makna yang mendalam.

Menurut Aisha, ‘Ternoktah’ mengisahkan tentang perasaan yang sudah berakhir (tawar hati) akan sesuatu yang dicintai.

“Pepatah berkata ‘mencintai tidak bermakna memiliki’, meskipun cinta masih bersemayam di hati seseorang, tidak semestinya dapat memiliki.

“Tajuknya ‘Ternoktah’ jelas menggambarkan terhenti atau habisnya sesebuah hubungan percintaan.

“Boleh dikatakan, perpisahan bukan perkara janggal, ia normal dan banyak berlaku dalam masyarakat, sudah nama pun manusia biasa.

“Buat masa sekarang saya lebih memberi tumpuan kepada bidang kerjaya (nyanyian, lakonan dan pengacara).

“Semestinya banyak perkara turun naik yang berlaku dalam kehidupan saya. Namun semua itu saya terima dengan hati yang terbuka dan akhirinya dengan damai serta mengambil ia sebagai pengajaran dalam kehidupan.

“Tidak lupa juga, Aisha mempunyai ibu dan ayah yang sentiasa menjadi tulang belakang yang memberi kata-kata semangat kepada saya,” katanya.

Tambah Aisha lagi ‘Ternoktah’ juga ditulis bersandarkan situasi semasa melibatkan perpisahan yang berlaku dalam kalangan selebriti.

“Kebelakangan ini, ramai yang telah mengambil perhatian terhadap gelombang berita perpisahan yang melibatkan selebriti-selebriti terkemuka, seperti yang dipaparkan melalui medium media tempatan.

“Realiti ini telah membangkitkan simpati dalam diri Aisha, dan kemudiannya meluahkan ia melalui lagu yang mengisahkan kisah perpisahan dengan seseorang yang amat disayanginya,” kata Aisha Retno.

Walaupun pernah gagal dalam bercinta, Aisha hanya mahu positif dan terus berjalan ke hadapan disamping berusaha mencari kebahagian pada masa yang akan datang.

“Bagi saya, jika kita mengalami rasa kekecewaan daripada perpisahan, kita harus redha dan terima hakikat sambil berusaha mencari jalan penyelesaian bagi meneruskan kehidupan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Aisha yang pernah menerima pencapaian Anugerah Emas (SAMIs) dengan penjualan lagu ‘W.H.U.T’ (Wanna Hold U Tight) menerusi penjualan strim digital di Malaysia dan Indonesia ini mengatakan bahawa interpretasi terhadap lagu terbarunya itu tidak terikat kepada kisah percintaan semata-mata.

Sebaliknya, pendengar juga boleh mengaitkan dengan perkara disekeliling seperti perpisahan terhadap sesuatu hubungan.

“Skop lagu ini boleh dibuka lebih besar. Dalam kehidupan, kadang-kadang kita rasa tak mahu lagi lakukan sesuatu, atau mungkin kita rasa mahu mulakan lembaran baru dengan orang yang kita percaya. Justeru, sudah tentu kita meletakkan noktah pada cerita lama yang terdahulu,” tambahnya.

Selain itu, ‘Ternoktah’ telah mendapat sentuhan istimewa daripada dua orang komposer dan penulis lirik berbakat iaitu Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat dalam menjayakan single ini.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya gembira bekerjasama dengan mereka bukan saja untuk single ini, malah untuk beberapa lagi lagu lain yang akan dilancarkan dalam masa terdekat,” katanya.

“Harapan saya sudah semestinya lagu ini diterima oleh pendengar dan dijadikan sebagai sumber inspirasi agar orang ramai boleh mengambil tindakkan yang lebih positif dan manfaat jika berlaku perpisahan.” katanya menutup bicara.

‘Ternoktah’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. – BOOM!

Previous Post

‘Kutukan Sembilan Setan’ Inspirasi Daripada Kisah Benar Remaja Ketika Mendaki Gunung Bromo!

Next Post

Bapa Mentua MK Meninggal Dunia | Jiggy Maklum Isu Baju Renang Dhabitah | Persembahan Mantap Azharina Di ASGV

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kekasih Bella Hadid Ditangkap Kerana Mabuk Di Tempat Awam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dakwaan Gangguan Seksual, TUNEXX Berdepan Ancaman Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd