Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Aiman Hakim Kosongkan Jadual Enam Bulan Demi Keutamaan Keluarga – “Saya Mahu Isteri Dan Anak Duduk Dalam Keadaan Selesa…”

12/03/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Aiman Hakim Kosongkan Jadual Enam Bulan Demi Keutamaan Keluarga – “Saya Mahu Isteri Dan Anak Duduk Dalam Keadaan Selesa…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Kedatangan Ramadan al-Mubarak membawa pelbagai pengertian dan penuh makna. Ramadan membuka peluang kepada umat Islam melipatgandakan amalan serta mengharap rahmat dan keampunan-Nya.

Apabila berpeluang berada dalam bulan Ramadan, ia sesuatu perkara yang harus disyukuri.

Bagi pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson perasaan teruja digambarkan lebih-lebih lagi apabila mereka bakal menerima kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Kosongkan jadual enam bulan

Demi memberi keselesaan kepada keluarganya, Aiman berkata, dia sanggup mengosongkan jadual seninya selama enam bulan bagi memberi fokus pada proses ubah suai kediaman rumah baharu.

Teruja menyambut Ramadan di rumah peribadi yang sudah diubah suai, Aiman berkata, dia menolak tawaran berlakon dan projek sempena Aidilfitri selama enam bulan lalu kerana mahu keluarganya hidup selesa selepas kontraktor yang sepatutnya mengubahsuai kediaman baharu tidak dapat menyempurnakan kerja dengan baik.

“Kami sudah lama tinggal di kediaman ini, tapi barulah berpeluang nak ubah suai sepenuhnya dan selesai. Alhamdulillah, ini rezeki anak.

“Sebenarnya, mulanya kami memang ada upah kontraktor, tapi tak berapa gembira dengan kerjanya, jadi saya buat sendiri sebab saya ada sedikit ilmu.

“Saya memang tak ambil tawaran berlakon selama enam bulan untuk fokus siapkan kediaman dan akhirnya, hilang tekanan bila lihat rumah sudah siap.

“Saya tolak semua tawaran sejak enam bulan lepas sebab keutamaan adalah keluarga. Saya mahu isteri dan anak duduk dalam keadaan selesa, lebih-lebih lagi mahu menimang cahaya mata kedua pada Jun depan,” katanya.

Fokus 'renovation' rumah, Aiman Hakim tolak tawaran lakonan enam bulan - Hiburan | mStar

Menurut Aiman, walaupun mengalami kerugian disebabkan hasil kerja kontraktor itu, namun dia tetap positif dan percaya kepada rezeki.

“Rugi itu memang tidak boleh dinafikan. Meskipun orang itu tak buat kerja dengan baik, tetap ada sumbangan yang diberikan.

“Kita pun belajar dari silap orang, ketidaksempurnaan orang, sebenarnya bukan untuk kita kritik semata-mata, tapi sebagai iktibar. Kita patut belajar daripada apa cara sekalipun. Rugi itu tak penting, sebaliknya kami selesaikan benda yang tertangguh itu,” katanya.

Sementara itu, Zahirah pula berkongsi mengenai kebahagiaan yang dinikmati kini turut membuatkan berat badannya semakin bertambah sebanyak 10 kilogram, di tambah pula dengan keadaan dirinya yang sedang berbadan dua.

“Kandungan sudah memasuki tujuh bulan dan masih lagi bekerja. Buat masa ini saya masih okay dan kuat lagi.

“Berat badan naik… saya rasa perkara itu sesuatu yang normal tapi mungkin sebab saya aktif berkerja jadi tak nampak sangat.

“Saya naik 10 kilogram sekarang ini dan mungkin akan bertambah lagi. Alhamdulillah suami juga sangat mengambil berat dan sentiasa memastikan saya berada keadaan baik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Hari Raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall, di sini, baru-baru ini.

Zahirah hamil anak kedua, Aiman Hakim tak sabar tunggu 2024 - Sinar Harian

Teruja menantikan kehadiran anak kedua, Zahirah berkata, individu yang paling seronok untuk menerima kehadiran insan baharu dalam keluarga adalah anak sulungnya, Isaac Raees.

“Dia sangat teruja, setiap hari akan cium perut saya dan bercakap dengan adiknya. Dia pun sudah beritahu semua orang dia akan jadi abang.

“Nampak dia punya kematangan dan sikap sebagai seorang abang,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman memberitahu ragam Zahirah ketika mengandungkan anak kedua agak berbeza kali ini.

“Zahirah sangat aktif dan tak tahu mana datang tenaganya.

“Dia sebelum ini sangat menjaga makanan dan tidak minum minuman bergas, tapi kali ini semua dia ‘belasah’.

“Biasanya saya yang makan nasi lemak dan minum minuman bergas tapi kali ini dia,” katanya. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

 

Previous Post

Masyarakat Palestin Sambut Ramadan Hanya Makan Rumput, Afdlin Shauki Ajak Orang Ramai Berkongsi Rezeki

Next Post

Bulan Ramadan Saya Jual Kuih Raya – Bella Astillah

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Bidas Spekulasi Curang – “Saya Mula Rapat Selepas Cerai”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ucapan Sweet Karel Susanteo Buat Anna Jobling Sempena Hari Jadi Curi Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Peserta The Masked Singer Malaysia (Musim 3) Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bintang Program Realiti, Li Ji Han Antara 150 Mangsa Korban Parti Halloween Itaewon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dicop Sengaja Tunjuk Buntut, Janna Nick Jelaskan Hal Sebenar – “Bukan Saja Nak Tayang!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kalau Jawa, Kira Melayu Juga Ke?” – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Viners Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Makin Pulih, Jalani Fisioterapi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sydney Sweeney Berdepan Tindakan Undang-Undang Gantung Coli Di Papan Tanda Hollywood

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd