Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Ailee Umumkan Perkahwinan, Pilih April 2025 Untuk Hari Bahagia

20/11/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Global, Selebriti
Ailee Umumkan Perkahwinan, Pilih April 2025 Untuk Hari Bahagia

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi terkenal Korea Selatan, Ailee, 35, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon yang kini bergelar usahawan, Choi Si-hoon, 32. Choi, yang pertama kali mencuri perhatian umum pada rancangan Netflix Single’s Inferno, akan melangsungkan perkahwinan dengan Ailee pada 20 April 2025. Pengumuman tersebut disahkan oleh agensi Ailee, A2Z Entertainment, pada Selasa.

“Selepas diperkenalkan oleh kenalan bersama, mereka telah menjalinkan hubungan selama kira-kira setahun. Dengan cinta dan kepercayaan yang mendalam, mereka memutuskan untuk melangkah ke alam perkahwinan,” kata agensi tersebut.

Ailee.

Agensi itu juga memaklumkan bahawa kedua-dua keluarga telah merestui keputusan mereka dan mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan dan doa yang diterima selepas pengumuman hubungan mereka.

Walaupun sibuk membuat persiapan perkahwinan, Ailee berjanji untuk terus aktif dalam dunia seni. Agensinya menegaskan bahawa sejak debut pada 2012, Ailee sentiasa bekerja keras untuk membalas kasih sayang peminat. Beliau akan terus tampil dengan persembahan, album baharu, dan siaran televisyen, sambil melangkah ke fasa kehidupan yang lebih matang selepas berkahwin.

Menerusi catatan di laman fan cafe, Ailee berkongsi perasaan tentang perjalanan hidupnya.

“Pada usia muda 22 tahun, saya berpindah ke Korea seorang diri, jauh dari keluarga, untuk mengejar muzik. Berkat cinta dan sokongan anda semua, saya dapat menyesuaikan diri dan berjaya di sini tanpa rasa kesunyian,” tulisnya.

Ailee turut meluahkan rasa syukur atas sokongan peminat yang membentuk dirinya hingga ke hari ini.

“Versi diri saya yang ceria dan bertenaga hasil dorongan anda telah berkembang menjadi siapa saya sekarang. Kini, saya bertemu seseorang yang mampu berkongsi cinta ini, dan kami memutuskan untuk berkahwin,” katanya.

Choi Si Hoon.

Beliau turut memuji Choi sebagai seorang yang memahami dan memberikan sokongan serta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, faktor utama yang mendorong keputusannya untuk melangkah ke fasa baharu ini.

“Saya akan berusaha lebih keras untuk menjadi insan yang lebih baik dan menjalani kehidupan sepenuhnya. Teruskan menyokong kami dalam perjalanan baharu ini, dan kami berjanji untuk hidup bahagia bersama,” katanya mengakhiri catatan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Ailee dan Choi mula mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada Mac 2023. Perkahwinan yang bakal berlangsung ini sudah tentu menjadi momen istimewa yang dinanti-nantikan oleh peminat di seluruh dunia. – BOOM!

Previous Post

Indra Herlambang Enggan Mandi Selepas Dipeluk Lisa Blackpink

Next Post

Hanya 98 Tiket Terjual, Kharisma Music Tuntut Aisha Retno Lunaskan RM77,000!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Langgar Peraturan Ubat Terkawal, Polis Serbu Pejabat PSY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Kesal Gelaran Duda, Janda Dinilai Tidak Adil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd