Pelawak AS, Adam Sandler menggelar kisah tular berhubung dia membeli sebuah butik mewah, Chanel “sebagai sesuatu yang bodoh” susulan anak perempuannya didakwa dilayan dengan buruk oleh pekerja kedai tersebut.

Klip palsu yang tular di Internet versi kecerdasan buatan (AI), Sandler – yang memiliki dua anak perempuan, Sadie dan Sunny,, hasil perkahwinannya dengan isteri Jackie Sandler – mendakwa anak sulungnya itu telah dimalukan selepas cuba membeli sebuah beg tangan di butik Chanel di Beverly Hills ketika berpakaian kasual.

Sandler dikatakan membalas dengan membelanjakan lebih AS$312,000 (lebih RM1 juta), namun semua dakwaan itu adalah sepenuhnya palsu.

Selepas video tersebut tular, beliau menerima mesej daripada rakan-rakan yang ingin mengetahui sama ada cerita itu benar atau tidak.
“Saya tidak pernah dengar perkara ini seumur hidup saya,” katanya dipetik dari E! Online.

Sandler kemudian berseloroh bahawa cerita lain mengenai dirinya yang tular adalah membeli burger di In‑N‑Out Burger pada tengah malam.
Namun, beliau menjelaskan, kisah itu adalah benar.- BOOM!










