Perkongsian penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz di Threads baru-baru ini kembali mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Aliff memuat naik beberapa foto dirinya sedang menikmati hidangan istimewa di sebuah restoran.

“Tiada siapa tahu langkah saya seterusnya. Malah bukan saya,” tulis Aliff Aziz.
Namun, kapsyen itu nyata mengundang pelbagai komen pedas daripada warganet.
Ada yang mendakwa Aliff seakan tidak mempedulikan tanggungjawabnya, malah masih mampu menikmati kehidupan mewah.

Terdahulu, bekas isterinya, Bella Astillah pernah menjelaskan kepada media bahawa dia tidak menuntut sebarang nafkah daripada Aliff selepas bercerai pada Jun 2024.
Nama Aliff sebelum ini turut menjadi perbualan hangat selepas ditangkap berkhalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada Mac lalu.
Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. – BOOM!









