Pelakon dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi tampil mempertahankan diri selepas difitnah isu berkaitan Fattah Amin dan Amira Othman.

Dalam perkongsian di Threads semalam, Abby berkata, kenyataannya berkenaan “cinta sejati” telah disalah tafsir segelintir pihak.
“Bila saya fitnah pengantin? Saya cuma ulas sikit je pasal cinta sejati. Jangan melebih-lebih pulak,” jelasnya.

Terdahulu, Erma mengucapkan tahniah kepada Fattah Amin dan Amira Othman atas perkahwinan mereka serta bersyukur kerana pasangan itu menemui cinta sejati.

Bagaimanapun, Abby Abadi mengaitkan istilah cinta sejati itu dengan perkahwinan Fattah bersama bekas isteri, Fazura.
Kata Abby, timbul persoalan sama ada tempoh tujuh tahun perkahwinan itu tidak membawa sebarang makna kepada Fattah.
Walaupun tidak mengaitkan nama sesiapa, hantaran itu dipercayai merujuk kepada tempoh perkahwinan Fattah dan Fazura.

Namun, Abby memadam hantaran berkenaan tidak lama kemudian bagi mengelak salah faham berpanjangan.
Meskipun sudah dipadam, hantaran itu tetap mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet.
-Boom!









