Drama penerbit tersohor, Datuk A. Aida, yang sebelum ini mengejutkan ramai apabila dilaporkan rebah selepas sesi fisioterapi, kini memasuki fasa pemulihan. Selepas hampir tiga hari ditidurkan, A. Aida akhirnya sudah sedar dan mampu bercakap seperti biasa. Malah beliau juga dilaporkan sudah boleh minum, menandakan perkembangan positif yang melegakan keluarga serta peminat.

Namun begitu, keadaan A. Aida masih belum stabil sepenuhnya. Beliau masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan rapi oleh pasukan perubatan. Anak beliau, Azeva Natassha, memaklumkan bahawa ibu tersayang belum dibenarkan menerima pelawat kerana faktor kesihatan dan risiko jangkitan.

Perjalanan A. Aida ke hospital bermula selepas beliau rebah ketika menjalani rawatan fisioterapi, hanya beberapa minggu selepas pembedahan lutut. Sejak itu, ramai rakan selebriti tampil memohon orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan beliau. – BOOM!









