Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, mendedahkan dirinya pernah ditolak lebih 10 agensi ketika cuba mengejar impian sebagai model.
Perkara itu dikongsi menerusi hantaran di TikTok yang memaparkan Imran sedang bersenam seorang diri.
@imeringue2♬ original sound – Ester
Walaupun berkali-kali ditolak, anak muda berusia 24 tahun itu tetap enggan berputus asa.
“Saya masih kekal cergas dan bermotivasi, walaupun sudah ditolak lebih 10 agensi model,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat agar Imran terus berusaha.
Malah, ramai mendoakan rezekinya dipermudahkan dan suatu hari nanti dapat menembusi industri peragaan. – BOOM!
Sumber: TikTok Anaq Kiriman Heaven



![[V] Ditolak 10 Agensi, Imran Bard Tetap Kejar Impian Jadi Model](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/08/IMRAN-FEATURE-750x375.png)






