Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyan, 17, kini semakin mencuri perhatian apabila menerima puluhan tawaran reviu berbayar di media sosial.
Menurut Ammar, setiap kerjasama yang ditawarkan perlu melalui tapisan ketat bapanya terlebih dahulu meskipun ada yang menawarkan jumlah lumayan.
“Banyak yang cari saya untuk buat reviu, tapi abah hanya benarkan ambil beberapa tawaran.
Ada yang sampai tawarkan RM10,000 untuk satu post,” katanya.
Ammar turut berkongsi pengalaman awalnya membuat reviu makanan, namun menegaskan hanya akan mempromosikan produk yang diyakininya sahaja.
Katanya, jika tidak sesuai, dia rela memulangkan semula bayaran.
Bagi Ammar, fokus utamanya tetap pada membantu bapanya mengembangkan empayar perniagaan keluarga, dan bukan mengejar populariti di media sosial semata-mata. – BOOM!
Sumber: Mstar









