Nama pempengaruh merangkap peguam, Tun Laila menjadi bualan hangat selepas dia berulang kali membuat bacaan pertuduhan berkaitan kes Siti Bainun di media sosial.
Namun, tindakannya itu mengundang kecaman ramai warganet yang beranggapan Tun Laila terlalu ‘over’ menyebelahi Siti Bainun dan seolah-olah tidak dapat menerima keputusan mahkamah.
Berikutan dihentam hebat di pelbagai platform, Tun Laila kemudiannya menurunkan semua hantaran video serta penulisan blog berkaitan isu tersebut.
Tindakan itu nyata membuatkan netizen ‘bersorak’.


Malah, ramai mempersoalkan sama ada bacaan yang dilakukan Tun Laila selama ini hanyalah rekaan semata-mata. – BOOM!









