Artis maya dari SM Entertainment, Nævis, kembali mencuri perhatian dengan single terbaharunya berjudul “Sensitive“, lengkap dengan muzik video penuh yang kini sudah dilancarkan.
Single bergenre pop dance ini menyajikan gabungan bass funky dan ritma bertenaga, disulami teknik vokal santai yang menggambarkan pelbagai sensasi baharu dialami Nævis sebaik tiba di dunia nyata.
Apa yang lebih menarik, Nævis bukanlah manusia sebenar. Dia ialah artis maya yang sepenuhnya dihasilkan menerusi teknologi AI, termasuk suara dan visualnya.
Muzik video “Sensitive” bukan sekadar hiburan, tetapi turut mencerminkan potensi masa depan dalam industri muzik, di mana kecerdasan buatan (AI) mampu mencipta penghibur digital sepenuhnya.
Dengan penampilan penuh gaya dan koreografi unik, MV “Sensitive” kini menjadi bualan peminat K-Pop dan penggemar teknologi seluruh dunia. – BOOM!










