Selepas sekian lama menyepi susulan kes mahkamah membabitkan dakwaan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan bawah umur, penyanyi dan pelakon Naim Daniel kembali mencuri perhatian.
Menerusi satu hantaran video di akaun rasmi XO House, syarikat label yang menaungi Naim, dia dilihat duduk santai sambil memetik gitar dan menyanyikan lagu hitnya Berdamai Dengan Takdir.
@x.o.housee Hmm ada lagu baru ke akan datang? @Naim Daniel #AdminA ♬ original sound – XO House
Apa yang lebih menarik, kapsyen pada video tersebut mengundang spekulasi ramai bahawa Naim bakal muncul dengan karya baharu.
“Hmmm ada lagu baru ke akan datang?”
Ruangan komen pula dipenuhi dengan luahan rindu peminat yang ternanti-nanti kemunculan semula penyanyi itu.
Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat setakat ini, kemunculan semula Naim dengan gitar dan vokalnya itu seakan memberi petunjuk bahawa dia bersedia untuk kembali aktif dalam dunia seni. – BOOM!



![[V] Lama Menyepi, Naim Daniel Beri Bayangan Bakal Buat ‘Comeback’?](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/08/NAIM-FEATURE-750x375.png)





