Foto terbaharu Jungkook BTS yang dimuat naik oleh jurulatih kecergasannya baru-baru ini pantas mencuri perhatian peminat di seluruh dunia.
Dalam gambar yang dimuat naik ke media sosial, Jungkook kelihatan sedang menjalani sesi senaman sambil mengenakan beanie hitam dan singlet hitam yang mendedahkan bahunya, sekali gus menampakkan tatu baharu yang lebih jelas dan berwarna.

Apa yang menjadi perbualan hangat bukan sahaja penampilannya yang semakin sado selepas tamat latihan ketenteraan, tetapi juga kemunculan tatu baharu yang kelihatan lebih terang dan kini menjalar hingga ke tulang selangkanya.
Tatu tersebut dikatakan jauh lebih menyerlah berbanding sebelum ini, berdasarkan perbandingan foto terdahulu yang turut tular dalam kalangan peminat.
Tidak hairanlah, gambar itu segera tersebar luas di pelbagai platform media sosial dan forum peminat, mencetuskan perbincangan hangat dalam komuniti ARMY. – BOOM!









