Pelakon sensasi, Ruhainies, lantang bersuara susulan dakwaan dirinya dibela oleh lelaki kaya atau ‘sugar daddy‘ yang hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ruhainies meluahkan rasa kesal terhadap tuduhan tidak berasas itu dan mempersoalkan siapa sebenarnya individu bernama ‘Bella’ yang didakwa menjadi punca penyebaran fitnah.

“Bella mana ni? Betul ke dia ada cakap macam ni? Ramai mention benda ni.
Saya nak tahu, adakah sekadar nak melagakan atau memang ada statement seperti ini dibuat umum?” tulis Ruhainies.
Tidak hanya itu, aktres berusia 32 tahun itu turut memohon orang ramai untuk mengemukakan bukti jelas jika benar ‘Bella’ merupakan individu pertama yang menyebarkan tuduhan kononnya dia hidup mewah hasil ‘dibela’.
Menariknya, Ruhainies turut memaklumkan bahawa dia telah mendapat maklumat mengenai siapa ‘Bella‘ yang dimaksudkan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya.
Dalam perkembangan sama, kakak kepada Ruhainies iaitu pelakon Risteena Munim tampil mempertahankan adiknya yang menjadi mangsa fitnah.

Risteena menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu penghinaan terhadap maruah keluarga dan menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang menyebarkan tuduhan palsu itu. – BOOM!









