Selepas bertahun-tahun senyap tanpa khabar dari dunia Pandora, pengarah tersohor James Cameron akhirnya kembali!
Trailer rasmi untuk filem ketiga francais popular itu, Avatar: Fire and Ash, telah pun dilancarkan dan seperti dijangka, reaksi netizen di media sosial cukup panas dan berbelah bahagi.
Dijadualkan tayangan pada 19 Disember 2025, Avatar: Fire and Ash akan menyambung kisah epik dari Avatar: The Way of Water.
Kali ini, penonton diperkenalkan dengan puak Na’vi baharu yang cukup menakutkan dikenali sebagai Ash People yang tampil dalam latar yang lebih gelap dan dramatik.
Seperti biasa, James Cameron tidak mengecewakan dari segi visual.
Dari kesan khas CGI, sinematografi, hingga palet warna, ramai memuji hasilnya sebagai “pesta visual yang luar biasa.”
Namun, tidak semua terpukau. Beberapa pengguna media sosial mengakui mereka masih skeptikal.
![]()
“Kalau filem ini tak capai tiga jam, saya tak yakin ia boleh sampaikan cerita sepenuhnya dengan baik,” kata seorang netizen.
“Saya masih ingat tertidur masa filem pertama dulu. Jalan cerita terlalu tipis.
Tapi tidur saya memang nyenyak malam tu,” komen netizen lain.
Walaupun menerima pujian dan kritikan, Avatar: Fire and Ash berjaya mencetuskan perbincangan hangat, rasa ingin tahu, dan debat dalam kalangan peminat filem.
Dengan elemen peperangan unsur alam, konflik puak dan aura lebih gelap, Avatar kini kembali mengajak penonton untuk memilih sisi masing-masing dan bersiap sedia untuk satu lagi perjalanan epik di Pandora. – BOOM!








