Ahli kumpulan popular Girls’ Generation, Kwon Yuri mengejutkan ramai apabila tampil sebagai jurulatih yoga dalam sebuah kelas istimewa yang diadakan demi kebajikan anjing terbiar.
Pada 26 Julai lalu, Yuri menganjurkan sesi “yoga derma” yang berlangsung selama dua jam di Jeju City.

Dengan yuran penyertaan sebanyak 50,000 won setiap seorang, Yuri berjaya mengumpulkan 1.85 juta won dan kesemuanya disalurkan untuk membantu haiwan jalanan.
“Aura momen menyentuh ini pasti akan dikenang.
Terima kasih kepada semua yang hadir, yang menghantar mesej sokongan, dan yang membantu menjayakan sesi yoga ini bersama Kwon Yuri,” ujar wakil penganjur acara.
Mereka juga menegaskan bahawa hasil kutipan akan digunakan sepenuhnya untuk menjaga kebajikan haiwan yang berada dalam perlindungan.
Yuri dilihat bersungguh-sungguh dalam kelas tersebut, bukan hanya menunjukkan pose-pose yoga, malah membimbing para peserta dengan penuh keyakinan dan dedikasi.

Lebih menarik, ramai peminat dan rakan artis turut menunjukkan sokongan pada pengumuman kelas derma Yuri di media sosial, sekaligus memberikan dorongan moral kepada usaha murninya itu. – BOOM!









