Usahawan dan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bakal mencabar dirinya mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records menerusi jualan beg tangan mencecah RM1 juta secara terpantas melalui penstriman langsung pada 3 Ogos ini.
Menurut Aliff, cabaran itu bukan sekadar untuk nama, tetapi juga mahu bersaing secara sihat dengan pempengaruh popular yang kini memegang rekod tersebut.
“Saya sangat gementar kerana bila masuk Malaysia Book of Records, tiada unsur tipu-tipu boleh berlaku,” katanya.
Tambah Aliff, dia memasang niat mulia untuk berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim sekiranya berjaya mencapai sasaran tersebut.
“Saya juga bernazar, jika berjaya cipta rekod itu, saya akan agihkan sebahagian hasil jualan ke rumah anak yatim terpilih,” ujarnya lagi.
Pada malam bersejarah itu, Aliff akan melancarkan koleksi beg tangan terbaharu, Samma Bag Denim Edition, yang dijual pada harga RM79.90 di TikTok Shop menerusi akaun @papalarisofficial, bermula jam 8 malam.

Pembeli juga berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti kereta, emas, percutian di Sugeh Resort, barangan elektrik dan pelbagai kejutan free gift.
Sekadar info, pempengaruh Khairul Aming sebelum ini memegang rekod jualan terpantas RM1 juta menerusi produk Dendeng Nyet Berapi dalam masa 3 minit 28 saat.
Kini, giliran Aliff Syukri pula mencabar diri. Adakah dia mampu mencipta rekod baharu? – BOOM!









