Pelakon Linda Hashim meluahkan rasa kecewa terhadap sikap suaminya, Beego, yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada tiga anak mereka.
Dalam satu hantaran di TikTok, Linda berkongsi gambar anak-anak mereka sedang makan, sambil menyindir Beego yang didakwa gagal memberikan nafkah.

“Mana bapa anak-anak ini?
Kalau jumpa, tanya dia tak takut ke akhirat nanti kena soal macam-macam,” tulisnya dengan nada sinis.
Linda turut mendakwa bahawa Beego hanya tahu ‘enjoy’ tetapi mengabaikan keperluan asas anak-anak.
“Enjoy boleh tapi duit makan anak-anak abaikan setelah sekian lama.
Duit makan je pun, duit lain maknya dah tanggung sepenuhnya,” katanya lagi.
Luahan tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menyokong Linda dan menyifatkan tindakannya sebagai wajar demi masa depan anak-anak.
Netizen turut menggesa Linda untuk terus menuntut hak nafkah dan mengecam sikap Beego yang dikatakan tidak bertanggungjawab sebagai seorang bapa.

Untuk rekod, Linda pernah memfailkan perceraian terhadap Beego awal Januari lalu atas alasan tiada persefahaman.
Pasangan itu pernah berpisah pada Mac 2023, rujuk semula sebulan selepas itu, namun kembali berpisah beberapa bulan kemudian.
Linda dan Beego berkahwin pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak perempuan yang kini berusia antara enam hingga sebelas tahun. – BOOM!









