Usahawan sensasi dan pempengaruh media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa akhirnya berjaya memiliki sebuah jet peribadi hasil titik peluhnya menjual jeruk mangga bersama anak sulung, Ammar Ahyan.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram (IG), Aliff, 38, berkongsi keterujaan menaiki jet peribadi berwarna hitam itu bersama isteri dan anaknya.
“Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama.
Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video berdurasi hampir satu minit itu, Aliff dan Ammar sempat melakukan lawatan ringkas di dalam pesawat mewah tersebut sambil menunjukkan kemudahan yang ada.
“Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet,” katanya.
Namun begitu, tiada pengesahan rasmi mengenai harga dan model sebenar pesawat itu, sekali gus mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen mengenai sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut. – BOOM!



![[V] Aliff Syukri Syukur, Impian Miliki Private Jet Akhirnya Tercapai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/07/ALEP-FEATURE-750x375.png)






