Pelakon Indonesia, Erika Carlina mengaku dirinya kini sedang hamil anak luar nikah dan sedang menanti detik melahirkan cahaya mata sulung.
Menerusi perkongsian di Instagram, Erika atau nama sebenarnya Erika Carlina Batlawa Soekri, 32, berkata dia menerima segala kecaman dan kritikan masyarakat dengan hati yang terbuka.
Menurutnya, walaupun berdepan pelbagai kecaman, dia tetap berharap agar masyarakat tidak terus menghukum, sebaliknya memberikan sokongan moral kepadanya sehingga proses kelahiran selesai.
“Saya bersedia terima apa sahaja risiko, tetapi kali ini saya mohon perlindungan sehingga saya bersalin,” katanya.
Dalam masa sama, Erika menegaskan, tiada sebarang niat lain di sebalik pengakuannya dan dia memohon maaf andai tindakannya itu mengecewakan mana-mana pihak.
“Maaf sekali lagi, sudah mengecewakan.“
Difahamkan, usia kandungan Erika kini sudah mencecah sembilan bulan dan dia hanya menunggu masa untuk melahirkan anak pertamanya.
Pendedahan mengejutkan itu pantas mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Ramai mengecam tindakannya yang dianggap bertentangan dengan norma masyarakat dan nilai moral.
Namun begitu, masih ada peminat yang tampil memberikan sokongan dan mendoakan agar Erika terus kuat serta bertanggungjawab atas keputusannya. – BOOM!



![[V] Hamil Anak Luar Nikah, Erika Carlina Mohon Sokongan Orang Ramai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/07/ERIKA-FEATURE-750x375.png)






