Usahawan sensasi, Kieda Crepe atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais sekali lagi menjadi perhatian apabila menunaikan tanggungjawab sebagai peniaga Muslim dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM80,000 kepada Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Menerusi perkongsian di Instagram, Kieda menyatakan harapannya agar sumbangan itu dapat memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
“Jadi manusia yang memberi manfaat dan pembayar zakat terbesar setiap tahun.
Harap zakat ini dapat membantu orang yang memerlukan,” katanya.
Kieda turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan dan penyokong yang setia bersamanya sejak awal perniagaan.
“Terima kasih buat semua yang support saya dari rumah sampai ke kedai, dan kini Tour Satu Malaysia,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Kieda memohon maaf andai ada yang pernah terguris hati dengan tingkah lakunya sebelum ini, dan berharap terus diberi kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik.
Tindakan Kieda ini meraih pujian ramai yang kagum melihat dirinya kekal menunaikan tanggungjawab sebagai usahawan meskipun sering menjadi tumpuan kontroversi di media sosial. – BOOM!










