Pelakon terkenal Indonesia, Amanda Manopo, 26, turut berdepan insiden memalukan apabila menjadi mangsa tindakan tidak senonoh secara terbuka di sebuah lokasi penggambaran.
Kejadian tersebut berlaku ketika Amanda tiba di lokasi penggambaran di Bogor, Jawa Barat dan sedang dikerumuni oleh peminat. Meskipun dikawal pengawal keselamatan, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga ada tangan liar yang sempat meraba bahagian tubuhnya.
@tahananamanda guys, please be smart and sensible fans yang normal-normal aja gitu kalau emg gaada ruang untuk say hi jangan memaksakan sampe pegang megang cubit kek gini, kasi ruang untuk jalan juga cewe guaaa kasihaaaan @Amanda Manopo #amandamanopo ♬ original sound – bukanadea
Dalam video tersebut, Amanda kelihatan baru sahaja turun daripada kenderaan dan cuba beramah mesra dengan peminat sebelum situasi berubah menjadi cemas.
Pelaku tidak dapat dikenal pasti kerana terlalu ramai yang menghampirinya dalam keadaan bersesak.
Walaupun berdepan detik yang mengejutkan dan menjijikkan, Amanda tetap tenang dan tersenyum, sesuatu yang mendapat pujian netizen atas kematangannya mengendalikan situasi tersebut.
Insiden yang menimpa Amanda ini berlaku tidak lama selepas penyanyi Nadin Amizah mendedahkan dirinya juga menjadi mangsa gangguan seksual oleh ‘peminat’ sendiri semasa sebuah acara.
Menerusi hantaran di media sosial, Nadin meluahkan rasa marah dan kecewa apabila tubuhnya disentuh individu tidak dikenali walaupun sudah ada kawalan keselamatan.
“Feel so dirty in my own body. You guys are not fans,” tulis Nadin yang kemudian memadamkan hantaran tersebut.

Kedua-dua insiden ini mencetuskan kemarahan ramai dan menyerlahkan isu keselamatan artis wanita yang masih belum ditangani dengan serius, terutama semasa acara umum. – BOOM!










