Khabar angin akhirnya terjawab! Pelakon dan bekas ahli kumpulan Girl’s Day, Hyeri, kini sedang hangat bercinta dengan penari terkenal, Woo Tae, yang juga bintang rancangan realiti Street Man Fighter.
Memetik laporan media Korea, pasangan ini dilaporkan sudah menjalin hubungan cinta selama hampir setahun selepas mula berkenalan di set penggambaran filem Victory pada tahun 2023.

Dalam filem tersebut, Hyeri memegang watak sebagai ketua pasukan sorak, manakala Woo Tae berperanan sebagai jurulatih koreografi untuk watak-watak dalam pasukan itu.
“Penggambaran dijalankan di Geoje, wilayah Gyeongsang Selatan.
Mereka mula rapat semasa sesi latihan koreografi, dan setelah kembali ke Seoul, hubungan itu semakin erat,” dedah seorang sumber terdekat pasangan itu.
Walaupun hanya baru-baru ini mereka berkongsi berita ini dengan kenalan rapat, hubungan Hyeri dan Woo Tae sebenarnya telah berputik sejak tahun lalu.
Menurut satu lagi sumber, hubungan mereka dibina atas rasa hormat dan sokongan bersama ketika melalui fasa sukar dalam kehidupan, menjadikan ikatan mereka semakin kuat.

Hyeri, yang mula dikenali sebagai ahli kumpulan Girl’s Day sejak 2010, kini lebih aktif sebagai pelakon. Beliau baru-baru ini membintangi drama Friendly Rivalry dan sedang menjalani siri pertemuan peminat di 10 bandar Asia.
Woo Tae pula dikenali ramai selepas penyertaannya dalam rancangan Street Man Fighter pada tahun 2022 dan aktif sebagai penari serta koreografer. – BOOM!










