Walaupun album terbaharu Katy Perry berjudul 143 dipuji sebagai simbol cinta dan pemerkasaan diri, satu lagu dalam album itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi peminat iaitu Truth.
Lagu tersebut, yang pada awalnya tidak diberi perhatian, kini meraih perhatian selepas berita perpisahan Perry dan Orlando Bloom tersebar.
Katy Perry wrote truth about Orlando and it all makes sense now. pic.twitter.com/hT1yMFrTrZ
— Mikey (@NaughtyKp) June 25, 2025
Lirik penuh emosi dan kekecewaan itu memberi gambaran jelas tentang kemungkinan pengkhianatan atau jurang emosi dalam hubungan mereka.
Antara bait lirik yang mengundang persoalan ialah:
“I wanna know the truth / Even if it hurts me,”
“My intuition’s tellin’ me things ain’t right.”
Nada lagu ini yang kelam dan menyakitkan dilihat sebagai bayangan kepada kemelut dalaman Perry, berbeza dengan lagu-lagu lain dalam album yang lebih positif dan ringan.
Selepas berita perpisahan diumumkan iaitu selepas enam tahun bersama dan empat tahun bertunang, lagu ini didengar semula oleh peminat dengan perspektif berbeza.
“Adakah lagu ini tentang Orlando?” tulis seorang warganet.
Walaupun pasangan itu dikatakan berpisah secara baik, sumber mendakwa tekanan kerjaya dan perbezaan gaya hidup menjadi punca utama.

Perry yang kini fokus pada konsert jelajah dan anak mereka, Daisy, dilihat tanpa cincin kahwin ketika di Australia. Bloom pula menjalani penggambaran di lokasi berbeza.
Album 143, walaupun tidak mencipta kejayaan komersial besar, dianggap oleh pengkritik sebagai evolusi emosi Perry.
Lagu Truth kini dianggap sebagai karya paling jujur dan menyentuh hati dalam album tersebut. – BOOM!









