Penyanyi dangdut terkenal, Inul Daratista dilihat setia menemani suaminya, Adam Suseno yang kini dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan serius di bahagian kaki.
Menurut Inul, kejadian berlaku apabila suaminya terpijak batu tajam ketika sedang membersihkan kolam ikan di rumah mereka. Sejak Sabtu lalu, Adam hanya terlantar di atas katil hospital.
Apa yang mencuri perhatian ramai ialah coretan Inul yang diselitkan dengan gurauan manja.
“Rambut awak kadang tak terurus, tapi aku hairan misai awak tetap kukuh! Tak gugur, tak beruban!” tulis Inul.
Dalam nada yang lebih serius, Inul turut meluahkan kegusaran jika sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap insan tersayang itu.
“Saya belum sedia jika berlaku apa-apa.
Saya akan rawat awak sampai sembuh,” katanya penuh emosi.

Kisah cinta Inul dan Adam yang jarang dilanda kontroversi sering dijadikan inspirasi, dan sekali lagi membuktikan bahawa pasangan ini kekal teguh bersama dalam susah dan senang. – BOOM!









