Selepas mengharungi badai rumah tangga, isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz tampil berkongsi berita gembira bahawa dia kini sedang hamil anak pertama mereka.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Nilam menerusi satu video di TikTok yang memaparkan imbasan ultrasound dari sebuah klinik.
@puan_nilamortiz Kerana dia seorang suami yang baik dan masih terbaik di mata aku,aku tak minta banyak dari korang,aku mohon korang doakan supaya kandungan yang ini selamat semuanya,doa yang baik baik maka yang baik baik akan datang kepada korang @AzlanKomeng ♬ Buah Hati – Armada
Menurut Nilam, dia memilih untuk mempertahankan rumah tangganya demi anak yang sedang dikandung. Ianya satu anugerah yang menjadi penyeri dalam hidup mereka selepas melalui pelbagai dugaan.
“Kerana dia seorang suami yang baik dan masih terbaik di mata aku,” tulis Nilam, merujuk kepada Azlan.
Nilam turut memohon doa orang ramai agar proses kehamilannya dipermudahkan dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat.
“Aku tak minta banyak dari korang,
aku mohon korang doakan supaya kandungan yang ini selamat semuanya,” katanya lagi.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan ibu serta bayi, termasuk Azlan sendiri yang mendoakan isteri dan anak sulung mereka.
Kehadiran cahaya mata ini turut disambut dengan rasa syukur dan gembira oleh para pengikut Nilam yang mengikuti perjalanan hidupnya di media sosial. – BOOM!








