Pelakon Fikry Ibrahim menjadi perhatian ramai di media sosial selepas tersebar berita mengatakan rumah tangganya bersama isteri, Khalizah Alihan, sedang berdepan kemelut.
Akaun Instagram Fikry dibanjiri komen netizen yang mahu mendapatkan kepastian, susulan laporan kehadiran Khalizah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pagi tadi.
“Datang untuk kepastian. Betul ke berita perceraian?” tulis seorang pengikut di ruangan komen.
Penampilan Khalizah yang hadir berpakaian serba hitam sekitar jam 9.40 pagi turut menimbulkan tanda tanya.
Ramai netizen sukar mempercayai berita tersebut memandangkan Fikry baru sahaja berkongsi gambar mesra bersama isteri dipercayai ketika bercuti.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd. Razib mengesahkan kes tersebut adalah sebutan pertama perceraian.
“Anak guam saya memfailkan perceraian pada Mei lalu atas alasan tiada lagi persefahaman,” katanya kepada media.

Tambahnya, pihak plaintif masih bersedia untuk berbincang dengan Fikry sekiranya ada ruang untuk berdamai.
Sebagai rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu di sebuah masjid di Jitra, Kedah. – BOOM!








