Anak kepada Raja Pop dunia, Paris Jackson, tampil mempertahankan dirinya selepas menerima kecaman kerana dijadualkan membuat persembahan pada 25 Jun yang merupakan tarikh ulang tahun kematian bapanya, Michael Jackson.
Paris, 27, kini menyertai jelajah bersama kumpulan Incubus dan Manchester Orchestra, dan persembahan tersebut dijadualkan berlangsung di Nashville, tepat 16 tahun selepas bapanya meninggal dunia.

Dalam satu video yang dimuat naik ke Instagram Story, Paris menjelaskan bahawa pemilihan tarikh konsert bukan di bawah kawalannya.
“Orang marah lagi.
Kali ini sebab salah satu tarikh jelajah yang saya sertai kebetulan jatuh pada 25 Jun,
hari yang sangat negatif dalam hidup saya dan keluarga saya,” katanya.
Paris turut berkongsi realiti sebenar kehidupan di jalanan sebagai pemuzik, menjelaskan bahawa persepsi orang ramai sering terlalu berbeza daripada realiti sebenar.
“First of three tak dapat pun bas jelajah.
Mungkin cuma van sprinter, itu pun saya pernah lalui bila ada band bersama.
Tapi kali ini cuma saya, gitar akustik saya dan jurutera bunyi saya, yang juga tunang saya, Justin Long,” jelasnya.
Paris doesn’t owe nobody not even a super fan any explanation. not everyone needs to post about loved ones on a constant basis or on birthdays or special days. They are allowed to celebrate in private and in their own way and it doesn’t need to be publicized! She had a show last… pic.twitter.com/IWsHQmXUcT
— Kelly Jackson (Michael Jacksons) wife (@KellyBills14) June 14, 2025
Paris menambah bahawa dia tidak membawa sebarang pemuzik pengiring kali ini, dan akan bergerak secara minimalis.
Sebelum ini, Paris juga pernah dikritik kerana tidak memuat naik sebarang ucapan pada ulang tahun kelahiran bapanya pada Ogos tahun lalu. – BOOM!



![[V] Paris Jackson Perjelas Tindakan Buat Persembahan Pada Hari Kematian Michael Jackson](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/PARIS-FEATURE-750x375.png)




