Petang tadi, kecoh di media sosial apabila tular berita mengenai seorang penyanyi rap Malaysia yang didakwa ditahan di Laos atas kes penyeludupan ganja seberat 86 kilogram.
Walaupun identiti sebenar suspek masih belum disahkan secara rasmi, netizen sudah mula membuat spekulasi dan cuba meneka siapa gerangan artis terbabit.

Antara yang menjadi sasaran netizen di Instagram ialah akaun milik penyanyi rap Nakalness, yang kini dibanjiri pelbagai komen berbaur tuduhan dan persoalan.
Untuk rekod, media Laos sebelum ini melaporkan bahawa tiga rakyat Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa di sana, dipercayai terlibat dalam cubaan menyeludup 103 bungkusan ganja ke Jerman pada 27 Mei lalu.
Apa yang mengejutkan, salah seorang suspek dikatakan merupakan penyanyi rap dari Johor Bahru. Namun begitu, tiada pengesahan rasmi dari mana-mana pihak setakat ini.
Kes ini terus menjadi bualan hangat warga maya yang menantikan pengesahan dan perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa. – BOOM!
Sumber: The Laotian Times









