Anak kepada bintang Hollywood terkenal, Angelina Jolie dan Brad Pitt, iaitu Zahara Jolie, mencuri perhatian apabila kelihatan memakai cincin berlian besar di jari manis kiri ketika keluar bersama seorang lelaki misteri di West Hollywood baru-baru ini.
Difahamkan, lelaki tersebut dikenali sebagai Elijah Cooper iaitu seorang pelakon, usahawan dan pelajar Morehouse College.

Kehadiran mereka berdua di restoran selebriti popular, Craig’s, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Adakah Zahara sedang menjalin hubungan cinta serius, atau mungkin sudah bertunang?
Meskipun tiada pengesahan rasmi, netizen mula membuat spekulasi selepas melihat Zahara yang kelihatan ceria dan manis tersenyum bersama Elijah sebelum mereka beredar menaiki kereta bersama.
Zahara tampil santai namun bergaya dengan tank top hitam, kardigan putih rajut, seluar slack, topi besbol Atlanta Braves dan sandal putih, lengkap dengan tas kulit perang.

Namun, aksesori yang paling menarik perhatian semestinya cincin berlian besar di jarinya.
Zahara kini sedang bercuti musim panas dari pengajiannya di Spelman College, dan menghabiskan masa di Los Angeles.
Terdahulu, Zahara juga mencetuskan perbualan apabila bertindak menggugurkan nama keluarga “Pitt”, selaras dengan tindakan ibunya selepas proses penceraian pasangan itu selesai secara rasmi pada akhir tahun lalu. – BOOM!









