Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 38, tampil membidas dakwaan segelintir warganet yang mendakwa dirinya sudah kehabisan wang gara-gara sering membuat siaran langsung di TikTok sehingga lewat pagi.
Menurut Aliff, tindakan itu bukan kerana ‘sangkak’ seperti yang dituduh, sebaliknya strategi untuk kekal bersaing secara sihat dengan peniaga dalam talian lain.
@buatsaja.podcast Dato’ Sri Aliff Syukri Ini Sangkak Ke? #BuatSajaPodcast Adalah siri podcast ilmu bermanfaat , kisah inspirasi dan kejayaan contoh untuk semua rakyat Malaysia Pastikan anda tengok BuatSaja Podcast Episod 8 yang dihoskan oleh Tuan @Fahdi Ghazali dan Tuan @Mr. Pudin ⚡️CEO Urus Orang pada Tarikh: Sabtu 14 June 2025 Masa: 8.30 malam Platform: Channel merah BuatSaja Podcast Nak tahu lebih pasal GMart? Check out social media mereka: TikTok: @G-Mart Group Instagram: @gmart_group Facebook: G-mart Group YouTube: GMart Group Website: https://g-mart.my/portal/ #BuatSajaPodcast ♬ original sound – BuatSaja Podcast
“Ada orang kata saya dah miskin sebab hari-hari buat live?
Dah sangkak sangat ke sampai pukul 4 pagi? Sebenarnya bukan sangkak… dalam hidup ni kita bersaing.
Bila pesaing saya tidur, saya nak jadi orang yang bangun dulu,” katanya.
Tambah suami kepada usahawan terkenal, Datin Seri Shahida itu, persaingan dalam dunia jualan atas talian semakin sengit sejak ramai memilih media sosial sebagai platform menjual produk.
“Dalam perniagaan online, siapa yang collect duit paling banyak, dialah pemenangnya,” katanya lagi.
Aliff yang kini aktif di TikTok menjadikan ranking live sebagai motivasi utama, dan tidak mahu berganjak dari kedudukan teratas.

“Sebelum pukul 12 tengah malam saya akan pastikan saya nombor satu.
Kalau tak duduk tempat tiga teratas, itu bukan saya.
Saya mahu nombor satu setiap hari, paling busuk pun nombor dua,” jelasnya.
Tegas Aliff, apa yang dilakukan bukan sekadar untuk populariti, sebaliknya demi memastikan dirinya kekal relevan dan dominan dalam dunia perniagaan digital. – BOOM!



![[V] Disindir Sangkak & Miskin, Ini Jawapan ‘Padu’ Aliff Syukri!](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/ALIP-FEATURE-750x375.png)





