Kumpulan legenda K-Pop, Super Junior, mengumumkan kemunculan semula mereka dengan album ke-12 berjudul ‘Super Junior 25’, yang bakal dilancarkan pada 8 Julai 2025, jam 6 petang (KST).
Perkara itu diumumkan sendiri oleh kumpulan itu menerusi hantaran di media sosial rasmi mereka pada 5 Jun, lengkap dengan imej teaser yang membuatkan peminat teruja.
Menariknya, ini merupakan album pertama mereka selepas tiga tahun menyepi sejak pelancaran album ‘The Road’ pada tahun 2022.
Walaupun sudah lebih dua dekad dalam industri, aura Super Junior sebagai King of K-Pop 2nd Gen masih kuat dan dinanti-nantikan.
Para peminat (ELF) kini sudah mula menghitung hari dan tidak sabar untuk melihat apa yang bakal dibawakan oleh idol veteran ini dalam karya baharu mereka. – BOOM!









