Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim mencuri perhatian ramai selepas menegur anaknya, Rina, yang secara tidak sengaja menunjukkan tanggapan kurang tepat tentang warna kulit.
Dalam video yang dikongsi di TikTok, Ryzal atau nama penuhnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, menasihati Rina agar tidak menilai kecantikan seseorang hanya berdasarkan warna kulit.
@ryzalibrhmThe best way to change your kid mindset about beautiful♬ original sound – Ryzal Ibrahim
“Moana tu cantik bukan? Walaupun kulit dia brown.
Rina tak boleh cakap kulit warna brown tu tak cantik. Brown pun cantik,” jelas Ryzal.
Ryzal turut mengingatkan Rina bahawa dia juga berkulit coklat dan tetap menawan.
“Rina pun kulit warna brown tapi cantik juga. Jadi tak semua orang kulit putih tu cantik.
Ada je yang kulit brown, black… tapi mereka cantik,” tambah Ryzal.

Dalam nada tegas namun penuh kasih, Ryzal mahu anaknya membesar dengan penuh keyakinan dan menghormati kepelbagaian rupa manusia.
“Kalau Rina nampak orang kulit brown atau black, tak boleh cakap tak cantik.
Rina kena bangga, kena happy… ‘I’m beautiful brown girl!’”
Rata-rata netizen memuji cara didikan Ryzal yang dianggap bijak menanam nilai positif kepada anak sejak kecil, terutamanya dalam era media sosial yang sering meletakkan standard kecantikan tidak realistik. – BOOM!



![[V] “Brown Pun Cantik!” – Ryzal Ibrahim Tegur Anak, Elak Stigma Warna Kulit](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/05/RYZAL-FEATURE-750x375.png)






