Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Tidur Berdiri Di Lokap..” – Yassin Yahya Dedah Detik Hitam Ditahan Di Jeddah

27/05/2025
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
“Saya Tidur Berdiri Di Lokap..” – Yassin Yahya Dedah Detik Hitam Ditahan Di Jeddah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelawak terkenal dan anggota kumpulan Senario, Yassin Yahya akhirnya mendedahkan detik hitam ketika ditahan selama enam bulan di Arab Saudi.

Beliau yang ditahan pada Oktober tahun lalu berkata, pengalaman itu sangat menginsafkan, malah dia pernah tidur berdiri kerana kesesakan di lokap.

“Kali pertama dalam hidup saya tidur berdiri sebab lantai lokap penuh.

Akhirnya dapat baring juga, itu pun depan pintu tandas. Setiap hari orang melangkah saya,” katanya.

Yassin ditahan selama 10 hari di balai polis Jeddah sebelum dipindahkan ke Pusat Pentadbiran dan Pengusiran Warga Negara Asing pada 5 November 2023.

Beliau menerima panggilan dari pihak Konsulat Malaysia pada hari pertama perpindahan, dan buat pertama kali juga dapat menghantar pesanan suara kepada isterinya.

“Alhamdulillah, saya dapat bercakap dengan isteri walaupun talian terputus-putus,” katanya dalam podcast Darkcast – Yassin Yahya: Bersalah atau ??? bersama Saiful Apek.

Pada 19 November, Yassin menjalani perbicaraan secara dalam talian dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan.

“Saya mengaku salah kerana membawa barang yang ada lambang larangan.

Mungkin saya terlepas pandang, tapi saya anggap ini satu musibah dan pengajaran dalam hidup saya,” katanya.

Mengimbas permulaan kisah, Yassin menyatakan beliau menerima tajaan menunaikan umrah bersama 24 artis lain oleh seorang individu dari Pulau Pinang.

Namun kerana terlalu teruja, beliau tidak sempat menghadiri kursus umrah dan hanya belajar melalui YouTube dalam masa singkat.

“Saya fikir inilah peluang yang saya tunggu, jadi saya pilih umrah dan tolak tawaran kerja ketika itu,” jelasnya.

Namun, segalanya berubah apabila beliau ditahan di Lapangan Terbang Jeddah selepas pihak kastam menemui alat pengisar (grinder) yang mempunyai lambang barang terlarang dalam begnya.

Katanya, dia turut membawa rokok kertas dan rokok biasa kerana risau tidak dapat merokok sepanjang di sana.

“Bila kastam imbas beg, mereka jumpa grinder yang saya beli. Mereka terus geledah dan bawa saya ke balai polis,” dakwanya.

Yassin seterusnya dibawa ke lokap khas untuk kes berkaitan dadah walaupun beliau menegaskan tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

“Saya suruh mereka buat ujian air kencing. Tapi saya tak diberi peluang jelaskan apa-apa.

Bahasa pun jadi penghalang. Saya cuma berserah pada Allah waktu tu.”

Setelah enam bulan di pusat tahanan, Yassin akhirnya dibebaskan dan pulang ke Malaysia minggu lalu.

Beliau kini mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika ke luar negara, khususnya ke Tanah Suci. – BOOM!

Previous Post

G-Dragon Lancar Highball Wain Merah Pertama Korea!

Next Post

“Jangan Ukur Dengan Duit” – Norman KRU Jawab Isu GenKRU Untung Besar

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd