Aura kumpulan nasyid terkenal, Inteam, terus membuktikan keampuhan mereka apabila tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun yang akan berlangsung pada 27 September depan, habis terjual hanya dalam masa dua jam selepas dibuka pada Khamis, jam 3 petang.
Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun rasmi mereka.

“Diumumkan Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun sold out dalam masa 2 jam.
Terima kasih atas sokongan padu semua. Mohon maaf kepada yang tidak berjaya”
Kejayaan ini nyata mencetuskan keterujaan ramai, malah warganet membanjiri ruangan komen memohon agar konsert hari kedua dapat dipertimbangkan buat mereka yang tidak sempat mendapatkan tiket.
Lebih mencuri tumpuan, konsert itu turut mendapat sambutan daripada peminat bukan Islam yang menyatakan rasa teruja untuk menyaksikan persembahan Inteam secara langsung di Zepp Kuala Lumpur. – BOOM!









