Pelawak dan hos podcast, Mamat Sepah menjadi sasaran kecaman netizen selepas didakwa menyampuk Syamsul Debat ketika sesi temu bual dalam Dol’s Podcast baru-baru ini.
Menerusi satu klip yang tular di platform X, kelihatan penceramah bebas itu sedang berkongsi pengalaman kerjayanya sebelum tiba-tiba terganggu apabila Mamat menyampuk, menyebabkan Syamsul secara terbuka menegur tindakan tersebut secara langsung dalam rakaman.
Kalau aku la mamat, memang aku keluar dari podcast ni. Tebal ba muka. USD yang tegur, bukan calang calang jemputan. Menyampuk nda kena tempat. Kalau nda berubah lagi ndatau la mamat pic.twitter.com/5Li8zhmNJ1
— سم (@MDzulhisyam9) May 21, 2025
Situasi itu nyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyifatkan Mamat tidak beradab, lebih-lebih lagi ketika bersama tetamu yang dihormati dalam bidang dakwah.
“Kalau aku la Mamat, memang aku keluar dari podcast ni,” tulis seorang pengguna X.

“Tebal muka kau, Syamsul Debat yang tegur, bukan calang-calang jemputan.
Menyampuk tak kena tempat, kalau tak berubah lagi tak tahulah,” komen seorang lagi netizen.
Dalam ruangan komen, rata-rata warganet meminta Mamat agar lebih profesional dan sensitif ketika mengendalikan program, khususnya apabila menjemput tokoh yang dihormati. – BOOM!









