Pelakon Shakilla Khoriri akhirnya bersuara selepas tular komen seorang netizen yang mendakwa dirinya sebagai ‘penyondol’ atau perampas suami kawan.
“Tak silap Shakilla ni perampas laki kawan aku. Bila dia kena kecam teruk aritu, dia diam je, ni dia kecam balik ex laki dia.
Padahal dia lah penyondol konon suci berdikari tu,” tulis netizen tersebut.
Tidak berdiam diri, Shakilla memuat naik semula tangkap layar komen tersebut di Insta Stories dan mencabar individu terbabit untuk tampil bersemuka.

“Nak sembang pasal laki kawan you tu. Banyak nak sembang berserta bukti ni.
Sebab saya ni malas nak sembang takde bukti. Saje nak bagitahu. Tak sembang tin kosong,” bidas Shakilla.
Dalam nada kesal, Shakilla turut mendedahkan bahawa individu berkenaan telah menyekatnya selepas dia menghantar mesej peribadi (DM) secara baik.

“Begitulah kehidupan. Kita ni DM baik-baik di blocked nya kita. I ni tak suka berbalas komen dengan manusia serba tahu so I DM.
Lebih sopan. Apa lagi nak blocked orang kecuali penjual syiling lama,” tambah Shakilla.
Shakilla turut memberi peringatan sinis kepada netizen tersebut agar berani dan yakin dengan apa yang ditulis, sekiranya mahu menulis seolah-olah mengetahui segala-galanya.
Menurutnya, netizen tersebut masih bernasib baik kerana tidak dimaki secara terbuka oleh netizen lain. – BOOM!










