Personaliti media sosial terkenal Indonesia, Ria Ricis menegaskan hubungan akrab antara dirinya dan pempengaruh, Aisar Khaled hanyalah berlandaskan kerja semata-mata dan tidak melibatkan sebarang perasaan cinta.
Menerusi kenyataannya, Ria, 30, berkata mereka kekal profesional walaupun sering dilihat mesra dan menghabiskan masa bersama dalam beberapa kandungan video baru-baru ini.
@vhiscorpio #lewatberanda #masukberanda #fyp #foryoupage #fypage #aisarkhaledd #aisarsultanmalaysia #riaricis ♬ Sedang Ingin Bercinta – Dewa 19
“Tidaklah, kalau saya kolaborasi dengan sesiapa, itu semua profesional.
Tiada ke arah mahu berjodoh ataupun ada perancangan ke fasa seterusnya dalam hubungan,” jelasnya.
Kenyataan tersebut hadir selepas warganet mula membuat spekulasi tentang status hubungan mereka, lebih-lebih lagi selepas video Aisar berkunjung ke rumah Ria tular di media sosial.

Enggan namanya dikaitkan dengan sebarang kontroversi, Ria menegaskan dia tidak pernah terfikir untuk menjadikan Aisar sebagai teman hidup, malah apa yang mereka lakukan adalah atas dasar kerjasama dan kandungan digital sahaja. – BOOM!










