Pelakon dan usahawan, Nur Fazura menyentuh hati ramai apabila tampil memberi kata-kata semangat kepada seorang wanita yang baru sahaja melalui penceraian.
Menerusi satu ciapan di platform Thread, seorang netizen meluahkan rasa lega selepas bercerai secara baik dan menjadikan Fazura sebagai sumber kekuatan.
“Baru sahaja bercerai kelmarin secara baik. Tak ada rasa apa. Kosong. Tetapi saya rasa lega.
Dan harap saya kuat seperti Nur Fazura. Ibu tunggal yang kuat seperti dia,” tulisnya.

Tidak berdiam diri, Fazura membalas komen tersebut dengan penuh empati dan kasih sayang.
“Awak akan menjadi kuat dengan izin dan bantuan Allah SWT. If dah rasa kosong itu petanda memang dah nekad sehabisnya.
It is for the best, at least I can say for myself. Semoga dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan sejati. Aamin. Hugs and love,” balas Fazura.
Sebagai info, Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum memilih untuk berpisah secara baik pada Oktober 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun.
Kini, Fazura dilihat terus melangkah ke hadapan sebagai ibu tunggal yang tabah dan menjadi inspirasi buat ramai wanita di luar sana. – BOOM!










